Program Rebat Bil Elektrik RM40


Program Rebat Bil Elektrik RM40 adalah program khusus kepada kumpulan sasar miskin tegar berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) 2019 selaras dengan hasrat Kerajaan untuk mengurangkan beban kewangan rakyat. Penerima yang layak adalah Ketua Isi Rumah yang tersenarai dan disahkan di bawah kategori miskin tegar dalam Sistem eKasih Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM). Program Rebat Bil Elektrik RM40 merupakan program baharu yang telah diperkenalkan bagi menggantikan Program Rebat Bil Elektrik RM20 yang telah dilaksanakan sejak tahun 2008 sehingga 2018. Dengan pengenalan program baharu ini, rebat bil elektrik RM20 yang dibuka kepada semua pengguna domestik akan dihadkan kepada kumpulan sasar berstatus miskin tegar dengan nilai rebat bil elektrik yang lebih tinggi sehingga RM40 sebulan sekiranya tersenarai sebagai miskin tegar dalam sistem eKasih ICU JPM. Hubungi 03-8000 8000 untuk maklumat lanjut mengenai program ini.